Sunday, 25 May 2014

G-Dragon (GD)


Harini aku nak cerita mamat yg aku gila dari korea nie, lantaklah org nak ckp apa. Dah minat apa boleh buat. okay stage name dia G-Dragon or GD and full name dia Kwon Ji Yong. G-dragon tu dapat dari nama dia sendiri Ji = G and yong = Dragon (in korean). Lagipun dari segi tahun dia lahir mmg tahun naga. kenalah dgn nama dia. tarikh lahir 18/8/1988 dan zodiak Leo. GD beragama Kristian. GD juga merupakan Ketua group popular dekat korea "BIGBANG". Merupakan artis naungan YG Entertainment senangkatan dgn artis lain iaitu 2NE1, Winner, Psy, Se7en, Gummy, Tablo, Lee Hi, Akdong Musician dan ramai lagi. GD dilambangkan sbg "YG Treasure".

GD nie mmg berbakat dari segi menulis lirik lagu, dan dia byk tlg buatkan artis lagu . Mcm 2NE1, Daesung , Seungri and byk lagi. Selain tu, bakat dia menari dan dah byk artis luar negara dia bekerjasama mcm Justin Bieber, Florida, Skrillex, Missy Elliot', Rihanna, Jay-Z, Maroon 5 and byk lagi. GD merupakan kwn kpd Paris Hilton. GD juga merupakan fans kpd Bruno Mars. GD juga mampu bergerak solo selain menguruskan groupnya sendiri. Kejayaan dan pencapaian tak perlu cerita dia mmg berjaya tak kisah dari segi solo and berkumpulan. GD & BIGBANG juga berjaya kumpulkan peminat dari seluruh dunia mcm korea, Japan, Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Taiwan and byk lagi. paling byk dpt sambutan dekat Japan, sekali kalau buat concert mmg sampai jutaan org. GD mmg berbakat. Tambahan dia sendiri ada rakan duet dari group BIGBANG sendiri iaitu T.O.P dan mereka berkolabarasi dan dinamakan GD&T.O.P berlambangkan Playboy. Manakala Taeyang dari ahli group BIGBANG merupakan kwn baik GD sebab mereka dilatih di YG Entertainment since berumur 13 tahun lagi. GD juga pernah dilatih di S.M Entertaiment artis naungannya Girl's Generation, EXO, Super Junior, SHINee dan byk lagi.

Bila ditanya mengenai 'ideal type' GD mengaku yg ideal type dia Yoona dari group Girl's Generation. Pernah timbul gossip yg dia dgn Sandara Park (2NE1) and fans namakan "Daragon" selain tu juga model dari jepun "Kiko Mizuhara". Pernah jugak timbul cerita couple dgn Ye Eun (Wonder Girls) dan GD dilabel "Player" dari kalangan ahli BIGBANG sendiri. GD juga merupakan Fashionista dekat Korea, mcm dekat Malaysia 'Wak Doyok' dekat korea GD sebab dia sentiasa bertampil dgn imej yg unik. Tambahan pulak dia digelar "Iguana Idol" oleh VIP (kelab peminat utk BIGBANG) disebabkan dia kerap kali menukar warna rambutnya. GD juga dlm kategori artis terkaya di korea dlm "TOP 10" kerana pendapatannya dlm sebulan menjangkau hingga jutaan ringgit jika dikira dgn nilai Malaysia.


GD mempunyai 7 tattoo dekat bdn, tattoo dia yg first sekali and kekal dekat belakang bahagian belakang bahu iaitu "Too fast to live, Too young to die". lepastu baru dia buat dekat lengan kanan dgn kiri. lengan kanan "Moderate" iaitu dlm erti "muzik" manakala lengan kiri "Vita Dolce" iaitu bermaksud "kehidupan yang baik"Di lengan kanannya bergambar hati yang memiliki kaki. Di dada kirinya, gambar bola naga dengan tujuh bintang dalam kartun Dragon Ball. Itu melambangkan nama GD sendiri dan delapan bintang sebagai pencapaian tertinggi. Dirusuk belah kanan "Forever Young" dan rusuk belah kiri "Master Mind".

Pendek cerita dia nie mmg berbakat. Dia kata kalau tak jadi artis dia akan belajar tentang fashion sebab dia mmg minat gila dlm fashion. Perkara yg dia tak suka jd popular ialah susah nak ke tempat yg dinginkan kerana peminat akan mengerumuni dia. Jika peminat ingin mengambil gambar dgnnya manager GD takkan bg, dia hanya akan memberikan tandatangan sahaja. Jika ditanya mengenai kahwin GD berkata mungkin belum lagi dan dia takkan kahwin dgn fans dia sendiri. GD pernah berkata jika dia mempunyai tangan seluas dunia dia nak sgt peluk kesemua peminat dia sbg tanda terima kasih sebab menyokng dia hingga berjaya ke puncak. GD memakai kereta bentley mansory, tu mmg kereta idaman dia. GD merupakan model utk jenama Marc by marc jacobs, J.Estina, Elle, Vogue, Chanel, Diesel, Coach, Tom Browne, dan byk lagi. Dia byk tunjuk dlm Instagram, Facebook dan twitter miliknya sendiri. Setakat nie cerita tu jelah pasal dia. kalau cerita pasal dia besok pun tak habis. haha. Aku tulis pasal dia sambil dgr lagu dia lagi utk ilham sikit. hihihi~. Till here. Annyeong Jiyong oppa ! Hwaiting and i'm always be here as your fans. Saranghae. :*